Saturday, August 14, 2010

Subuh yang Hening

“Jom g solat subuh kt masjid” kata abah. Tersentak aku sekejap dari lamunan. Sebelum ni abah xpernah nak ajak kami (anak2 lelaki) solat subuh kt masjid. Biasa solat kt umah je. Memandangkan malam ni aku dah nak pergi berjuang di medan peperangan (UiTM), kami adik beradik lelaki pergi solat kat masjid. Mcm sayu je suasana pagi ni, aku xtau la kenapa. Mungkin disebabkan aku dah trauma nak balik Kedah kot. Tp xpe la, aku selalu ingat pesan Ma, dia selalu bagi semangat tatkala anaknya ini berada dlm kesusahan. Aku bersyukur dgn ibuku walaupun dia tidak menyogokku dgn materialistik spt ibu2 lain, aku tetap dpt apa yang aku nak. Terima kasih, ibu. I love u soo much. Doaku hanya lah kedua ibubapa ku senantiasa dipanjangkan umur  lebih dari aku sendiri. Aku sanggup pergi dahulu jika ditakdirkan utk itu, kerana aku tidak mahu mereka meninggalkan aku terlebih dahulu. Aku tidak sanggup utk mhadapi semua itu. Banyak juga kwnku yg telah kehilangan salah seorang ibu atau bapa, kelihatan biasa sahaja dari fizikal tetapi emosinya mestilah sgt tidak stabil.Mungkin byk perkara pahit yg aku lalui dlm hidup dirasakan dilalui keseorangan tp dlm masa yg sama, mereka sentiasa berada disisiku utk memberi semangat kepadaku. Banyak benda kat dunia ni yg aku nak tp xtercapai, mungkin aku menyalahkan takdir. Oh ya, aku sgt berdosa di situ. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini Ya Allah. Aku menyesal dgn perbuatanku itu ya Allah. Semoga Mu sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepadaku utk mperbaiki hidupku ke arah yg lebih baik. Banyak benda bodoh yg aku buat setelah apa yg aku nak tidak termakbul dan terima kasih kpd beberapa orang kwn2 yg mengambil berat tentang diriku. Mungkin aku tidak dpt menerima kenyataan, tp apakan daya aku manusia biasa yg mempunyai naluri sebegitu. Aku sememangnya tidak sempurna tetapi aku sedang berusaha utk ke arah itu. Tetapi aku bersyukur juga kpd Allah, ya Allah sememangnya Engkau Maha Mengetahui apa yg terbaik untukku. Mungkin Dia tidak mahu ku hanyut dlm dunia hiburan semata-mata sehingga melakukan perkara di luar batasan, dan mungkin juga Dia tahu yg aku boleh berjaya dengan jurusanku sekarang. Demi Allah, ku dpt lihat dan rasakan diriku akan menjadi seorang yg berjaya suatu hari nanti. Aku tidak mhiraukan mulut-mulut puaka manusia sekelilingku lagi kerana aku amat yakin Allah senantiasa akan membantuku. Ku mengharapkan Ramadhan ini menjadi sebuah platform bagiku utk berubah menjadi muslim yg lebih baik dan mendapat keredhaan dariNya. Terima kasih Ma ngan Abah.

(Teratak istimewa, Mache)

1 comment:

  1. Yakin lah Allah selalu di sisi kita, olehitu kita tidak akan rasa kesunyian dan akn tabah menghadapi dugaan =)..
    baca post awk nie, ttibe sy ingat rmh.. bile dpt blik rmh nie..

    ReplyDelete